Skip to main content

Pengenalan

Gangguan mental merupakan salah satu penyakit yang pada dasarnya tidak dapat dlihat dengan mata kasar. Hal ini kerana penyakit ini merupakan penyakit dalaman bukanlah luaran. Tidak seperti penyakit fizikal yang meninggalkan kesan pada tubuh seseorang individu tersebut seperti luka dan parut. Penyakit atau gangguan mental ini melibatkan dalaman seseorang individu tersebut seperti emosi dan pemikiran. Walaupun begitu, penyakit mental ini boleh mempengaruhi tindakan dan perilaku seseorang itu yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau sebagainya. Penyakit mental ini boleh dihadapi oleh semua orang tidak kira jantina, umur dan agama. Masalah gangguan mental ini amat lah memberi kesan buruk terhadap individu yang menghadapinya dan ianya boleh membawa kepada kematian. Oleh sebab itu, orang ramai perlu ambil tahu tentang kesihatan mental keluarga dan orang orang terdekat. Hal ini bagi mencegahnya daripada terus melarat sekiranya ada dan merawatnya sebelum terlambat.

Terdapat pelbagai jenis masalah mental yang wujud di dunia ini. Antaranya seperti “bipolar”, “anxiety disorder”, “obsessive compulsive disorder” atau lebih dikenali sebagai OCD dan sebagainya. penyakit mental ini berbeza beza mengikut jenisnya. Simtom dan kesannya juga adalah berbeza. Punca terjadinya penyakit mental ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Akan tetapi orang ramai sering menggangap dan memukul rata bahawa penghidap penyakit mental ini berpunca daripada kurangnya didikan agama. Tanggapan sebegini adalah salah kerana penyakit mental ini boleh berpunca daripada persekitaran, genetik, trauma dan stress. Terdapat banyak lagi punca sesuatu penyakit mental itu boleh terjadi. Individu yang mempunyai penyakit mental ini dinasihatkan supaya merujuk kepada pakar untuk merawat penyakit tersebut.

“Separuh daripada masalah gangguan mental mula dikesan pada usia 14 tahun dan tiga per empat daripadanya pada pertengahan usia 20-an. Oleh itu, perkara ini perlu ditangani segera, ” kata kata tersebut keliar dari mulut Tan Sri Lee Lam Thye yang merupakan Penaung Befrienders Kuala Lumpur dalam satu kenyataan sempena Hari Kesihatan Sedunia 2020. Ini menunjukkan bahawa, gangguan mental ini boleh berlaku terhadap individu tidak mengira usia. Oleh itu, ibu bapa pelu memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan fizikal dan mental anak anak mereka terjaga dari usia muda. 

Rujukan

[1]    https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/09/188987/gejala-pelajar-sakit-mental-merisaukan

[2]    https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/740400/hampir-setengah-juta-rakyat-malaysia-alami-simptom-depresi

Comments

Popular posts from this blog

Zynakal Memukul Pekerja Stesen Minyak Warganegara Bangladesh

(Zynakal didakwa dan dikenakan hukuman RM 2,800 oleh mahkamah akibat mendatangkan kecederaan dan menghalang tugas polis) Faktor kes Zynakal dikatakan bertindak aggresif dengan menumbuk, mencekik dan memaki hamun seorang pekerja Bangladesh di stesen minyak tersebut. Hal ini dikatakan berpunca kerana Zynakal tidak berpuas hati kerana mangsa tidak menerima kaedah pembayaran secara kad kredit bagi barang beliannya. Kesan kes Pekerja stesen minyak tersebut cedera ringan akibat ditumbuk oleh Zynakal. Zynakal dikenakan hukuman oleh mahkamah sebanyak RM 2,800 keseluruhannya akibat dari insiden tersebut. Rm 2,000 bagi tuduhan menghalang tugas polis dan RM 800 bagi pertuduhan mendatangkan kecedaraan terhadap pekerja stesen minyak tersebut. Solusi kes Polis menjalankan siasatan terhadap Zynakal dan kenderaan yang dipacunya semasa hari kejadian. Hasil daripada siasatan menunjukkan tiada sebarang tanda bahawa Zynakal di bawah pengaruh dadah. Sehubungan dengan insiden tersebut, pihak polis telah men...

Polis Siasat Dakwaan Suspek Campak Cucu Tiri Sakit Mental, Ajaran Sesat.

  Lokasi kejadian kes warga Nigeria campak cucu tiri dari tingkat 3 pangsapuri di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.   Faktor Kes   Polis menyiasat dakwaan kononnya warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari sebuah pangsapuri dekat Setapak semalam, mempunyai masalah mental di ibu kota, Kuala Lumpur.  Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata selain dakwaan masalah mental itu dibuat oleh keluarga dan rakan suspek, lelaki itu juga dikaitkan dengan isu ajaran sesat yang turut disiasat.   Kesan Kes   Seorang budak lelaki berusia 4 tahun maut selepas dicampak datuk tirinya dari tingkat empat, sebuah pangsapuri di Danau Kota, Setakat. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, dicampak selepas lelaki itu seorang warga Nigeria berusia 42 tahun, cuba merogol anak tirinya yang juga ibu kepada Muhammad Adam, dalam kejadian sekitar 7.40 pagi semalam. Solusi Kes Pihak  polis menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan ...