Gangguan mental merupakan salah satu penyakit yang pada dasarnya tidak dapat dlihat dengan mata kasar. Hal ini kerana penyakit ini merupakan penyakit dalaman bukanlah luaran. Tidak seperti penyakit fizikal yang meninggalkan kesan pada tubuh seseorang individu tersebut seperti luka dan parut. Penyakit atau gangguan mental ini melibatkan dalaman seseorang individu tersebut seperti emosi dan pemikiran. Walaupun begitu, penyakit mental ini boleh mempengaruhi tindakan dan perilaku seseorang itu yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau sebagainya. Penyakit mental ini boleh dihadapi oleh semua orang tidak kira jantina, umur dan agama. Masalah gangguan mental ini amat lah memberi kesan buruk terhadap individu yang menghadapinya dan ianya boleh membawa kepada kematian. Oleh sebab itu, orang ramai perlu ambil tahu tentang kesihatan mental keluarga dan orang orang terdekat. Hal ini bagi mencegahnya daripada terus melarat sekiranya ada dan merawatnya sebelum terlambat. Terdapat pelbagai jeni...
(Zynakal didakwa dan dikenakan hukuman RM 2,800 oleh mahkamah akibat mendatangkan kecederaan dan menghalang tugas polis) Faktor kes Zynakal dikatakan bertindak aggresif dengan menumbuk, mencekik dan memaki hamun seorang pekerja Bangladesh di stesen minyak tersebut. Hal ini dikatakan berpunca kerana Zynakal tidak berpuas hati kerana mangsa tidak menerima kaedah pembayaran secara kad kredit bagi barang beliannya. Kesan kes Pekerja stesen minyak tersebut cedera ringan akibat ditumbuk oleh Zynakal. Zynakal dikenakan hukuman oleh mahkamah sebanyak RM 2,800 keseluruhannya akibat dari insiden tersebut. Rm 2,000 bagi tuduhan menghalang tugas polis dan RM 800 bagi pertuduhan mendatangkan kecedaraan terhadap pekerja stesen minyak tersebut. Solusi kes Polis menjalankan siasatan terhadap Zynakal dan kenderaan yang dipacunya semasa hari kejadian. Hasil daripada siasatan menunjukkan tiada sebarang tanda bahawa Zynakal di bawah pengaruh dadah. Sehubungan dengan insiden tersebut, pihak polis telah men...