Skip to main content

Derita Pesakit OCD

(credit: OCD UK)

Kerani yang mahu dikenali sebagai Linda,32 dan Muhammad Idham Mohd Rashidi, 25 yang menghidap penyakit Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) diwawancara untuk mendapatkan info lanjut berkenaan efek penyakit tersebut terhadap kegiatan seharian mereka. OCD merupakan salah satu jenis gangguan mental yang semakin mendapat perhatian kerana mendatangkan kesan kepada aktiviti kehidupan seseorang.


Faktor Kes
Penyebab kepada OCD adalah terdiri atas kombinasi daripada kelainan neurologi, biologi, genetik (keturunan), kelakuan, kognitif (pemikiran) dan persekitaran. Faktor utama kejadian OCD adalah bahawa terdapat masalah komunikasi di bahagian-bahagian otak yang terkait dengan pembentukan neurotransmitter. 

Terdapat symptom yang boleh dikesan untuk mengenalpasti sekiranya seseorang menghidap penyakit tersebut. Penghidap OCD suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum itu tidak sempurna selain sentiasa merasa resah, tertekan dan cemas. Contoh perlakuan tersebut adalah seperti berada di dalam bilik air berjam-jam, melakukan sesuatu perkara berulang-ulang dan mengelak untuk berjabat tangan, memegang tombol pintu, butang lif atau meja makan. Perlakuan ini boleh memudaratkan sehingga ada antara mereka diberhentikan kerja, hampir dibuang daripada institusi pengajian tinggi (IPT) selain bergaduh dengan ahli keluarga.

Faktor risiko OCD adalah kecenderungan atau peratusan kemungkinan untuk seseorang itu menghidap penyakit ini. Antara faktor risiko penyakit OCD adalah: 
  • Genetik
    • Genetik disini bermaksud, apabila adanya ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa, adik beradik malahan kembar dengan masalah OCD, maka risiko untuk anda terkena OCD adalah semakin tinggi
  • Kelainan otak
    • Biasanya timbul apabila pesakit otak terkait bahagian frontal (depan) seperti akibat stroke atau tumor dibahagian frontal sehingga menyebabkan timbulnya kelainan struktur otak di frontal yang menyebabkan risiko terkena OCD semakin tinggi.
  • Persekitaran
    • Persekitaran bermaksud apabila seseorang mempunyai riwayat trauma atau riwayat penderaan sewaktu kanak-kanak sehingga menganggu komunikasi bahagian-bahagian otak sewaktu usia tumbesaran.
Aktivis Sokongan Pesakit Mental, Syazwan Jaafar, berkata, setiap manusia mempunyai tahap kebersihan dan kerisauan sendiri namun bagi pesakit OCD ia tidak boleh dikawal dan melampau. Menurutnya, pesakit OCD mempunyai simptom yang terbahagi kepada empat kategori iaitu kebersihan, keselamatan, kepercayaan (spiritual) dan susun atur (struktur) yang mana terdapat pesakit yang memiliki lebih daripada dua kategori berkenaan seperti dari aspek kebersihan dan keselamatan.

Kesan Kes
Daripada pengalaman Linda, dia mula mengalami ketidakcelaruan perasaan dan kerap berfikiran negatif sejak remaja sehingga menyebabkan dia kerap melakukan sesuatu kitaran yang tidak berakhir. Sikapnya yang 'pantang' dengan kekotoran dan tidak boleh mengawal kerisauan menyebabkan dia sering ditertawakan oleh rakan serta ditegur keluarga. Dia akui sikap ini mengganggu rutin hariannya, keluarga dan rakan-rakan tetapi perasaan itu sukar untuk ditinggalkan. 

Linda memberitahu bahawa dia telah bertukar tempat kerja selama lima kali dan antaranya adalah kerana dia terlalu banyak menghabiskan masa di bilik air untuk mencuci tangan dan muka serta membuat panggilan kepada orang yang sama berulang kali. Pengalaman yang paling teruk adalah apabila dia pernah berpatah balik dari Kuala Lumpur ke Melaka dengan menaiki kereta hanya kerana risaukan tingkap rumahnya belum ditutup rapat. Jelas, OCD yang dihadapi adalah dari aspek keselamatan dan kebersihan.

Muhammad Idham Mohd Rashidi pula berkata, dia bercelaru apabila berada di dalam bilik air kerana terlalu memikirkan persekitarannya dipenuhi dengan najis. Dia juga akan membersihkan diri dalam waktu yang agak lama dalam bilik air kerana dia sukar merasakan dirinya bersih selepas membuang air. Menurutnya yang bekerja sendiri, dia sangat teliti dalam melakukan sesuatu perkara supaya dihabiskan dengan sempurna contohnya menutup paip air dengan ketat sehingga tiada titisan air yang keluar. Dia berkata bahawa dia pernah mematahkan paip plastik kerana mahu pastikan paip itu ditutup dengan rapat. Begitu juga ketika mengambil wuduk, selain mengambil masa yang lama, Idham juga akan pastikan semua paip di kawasan itu ditutup rapat.


Solusi Kes
Menurut Aktivis Sokongan Pesakit Mental, Syazwan Jaafar, Kaedah rawatan yang kumpulannya terapkan adalah menggabungkan beberapa kaedah.

Kaedah pertama ialah menggunakan cara Islam iaitu hadis dan sunnah (rukyah) dengan membacakan kalimah suci ke air minuman untuk memulihkan pesakit daripada bisikan was-was daripada syaitan. Keduanya pesakit disarankan untuk merujuk pakar psikiatrik atau psikologi.

Menurut penceramah bebas itu, kumpulannya aktif mengadakan seminar dan program kaunseling yang mendapat kerjasama pusat rawatan Darussyifa' dan doktor pakar sebagai saluran pesakit OCD menjalani terapi dan latihan pemikiran.

Bekas Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia Dr Hazli Zakaria berkata, pesakit OCD mempunyai peluang untuk mengurangkan penderitaan dengan diberi rawatan melalui kombinasi ubatan serta kaunseling atau psikoterapi. Walaupun ubatan yang diberi untuk pesakit OCD adalah sama dengan ubat untuk pesakit mental, namun tujuannya berbeza. Bagi penghidap masalah mental, ubatan itu untuk mengurangkan kemurungan tapi bagi penderita OCD, ia bagi membantu mengurangkan kerisauan.

Bagi psikoterapi, rawatan yang disediakan dikenali sebagai terapi perlakuan kognitif. Ubatan serta terapi ini boleh diperoleh di hospital atau klinik dan ia diberikan oleh pakar psikiatri serta psikologi klinikal. Psikoterapi pada OCD biasanya terdiri atas proses exposure and response yang mana pesakit akan didedahkan terhadap hal yang ditakuti (atau dirisaukan) secara sedikit demi sedikit dan kemudian diterapi dengan cara menangani situasi ini. Selain itu, pesakit juga akan dibekalkan dengan ubat makan berupa antidepressan. 

Menurutnya, rawatan bagi penderita OCD juga perlu mengambil kira semua perkara seperti biologikal, psikologikal serta persekitaran sosial individu berkenaan. Kata Dr Hazli, meskipun kebanyakan penderita OCD ini tahu mereka bermasalah, namun enggan mendapatkan rawatan awal kerana bimbang dilabel sebagai pesakit mental.

Pengajaran Kes
Pengajaran yang dapat dipelajari adalah sekiranya ada teman rapat yang berpotensi ataupun telah didiagnosis dengan penyakit OCD, mereka perlu diberi sokongan dan diyakinkan untuk mendapatkan rawatan secukupnya. Mereka takut untuk mendapatkan rawatan untuk mengelakkan daripada dilabel sebagai pesakit mental. Namun, penyakit tersebut akan memberi efek yang memudaratkan kepada kehidupan mereka dan penderitaan apabila perlu hidup dengan rasa cemas sepanjang masa. 

Rumusan Kes
Penghidap OCD suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang bukan kerana mereka suka mengemas, tetapi untuk memuaskan hati mereka kerana timbul perasaan apa yang mereka lakukan itu tidak sempurna. Tidak ada yang suka untuk berada di dalam bilik air berjam-jam, melakukan sesuatu perkara berulang-ulang dan mengelak untuk berjabat tangan, memegang tombol pintu, butang lif atau meja makan.

Itu adalah antara simptom yang sukar ditinggalkan oleh penghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) sehingga ada antara mereka diberhentikan kerja, hampir dibuang daripada institusi pengajian tinggi (IPT) selain bergaduh dengan ahli keluarga.

Linda, 32, mengatakan dia mengalami ketidakcelaruan perasaan dan kerap berfikir negatif sehingga sikapnya yang 'pantang' dengan kekotoran dan tidak boleh mengawal kerisauan menyebabkan dia sering ditertawakan oleh rakan serta ditegur keluarga. Dia juga turut bertukar tempat kerja dan diberhentikan disebabkan tabiat tersebut.

Muhammad Idham Mohd Rashidi, 25, pula berkata, dia bercelaru apabila berada di dalam bilik air kerana terlalu memikirkan persekitarannya dipenuhi dengan najis. Dia turut menghabiskan masa yang lama di dalam bilik air kerana berasa sukar untuk merasakan diri dia bersih selepas membuang air. 

Kesimpulannya, penyakit OCD sepatutnya diambil berat walaupun ia tidak mengancam nyawa seperti kemurungan. Derita dalam senyap yang dialami semestinya mengganggu perasaan pernghidap penyakit tersebut dan seterusnya akan bertambah teruk apabila dibiarkan berlarutan. Orang ramai juga tidak sepatutnya bersikap pesimis apabila melihat seseorang menghidap penyakit ini. 

Rujukan

[1] https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/307179/derita-dalam-diam-pesakit-ocd-metrotv.
[2] https://www.klikdokter.com/info-sehat/read/3615234/jenis-jenis-gangguan-jiwa-yang-perlu-anda-ketahui.
[3] https://www.doctoroncall.com.my/soalan/ocd-penyakit-waswas
[4] https://www.ocduk.org/ocd/types/


Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan

Gangguan mental merupakan salah satu penyakit yang pada dasarnya tidak dapat dlihat dengan mata kasar. Hal ini kerana penyakit ini merupakan penyakit dalaman bukanlah luaran. Tidak seperti penyakit fizikal yang meninggalkan kesan pada tubuh seseorang individu tersebut seperti luka dan parut. Penyakit atau gangguan mental ini melibatkan dalaman seseorang individu tersebut seperti emosi dan pemikiran. Walaupun begitu, penyakit mental ini boleh mempengaruhi tindakan dan perilaku seseorang itu yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau sebagainya. Penyakit mental ini boleh dihadapi oleh semua orang tidak kira jantina, umur dan agama. Masalah gangguan mental ini amat lah memberi kesan buruk terhadap individu yang menghadapinya dan ianya boleh membawa kepada kematian. Oleh sebab itu, orang ramai perlu ambil tahu tentang kesihatan mental keluarga dan orang orang terdekat. Hal ini bagi mencegahnya daripada terus melarat sekiranya ada dan merawatnya sebelum terlambat. Terdapat pelbagai jeni...