Skip to main content

Polis Siasat Dakwaan Suspek Campak Cucu Tiri Sakit Mental, Ajaran Sesat.

 


Lokasi kejadian kes warga Nigeria campak cucu tiri dari tingkat 3 pangsapuri di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

 

Faktor Kes

 

Polis menyiasat dakwaan kononnya warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari sebuah pangsapuri dekat Setapak semalam, mempunyai masalah mental di ibu kota, Kuala Lumpur. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata selain dakwaan masalah mental itu dibuat oleh keluarga dan rakan suspek, lelaki itu juga dikaitkan dengan isu ajaran sesat yang turut disiasat.

 

Kesan Kes

 

Seorang budak lelaki berusia 4 tahun maut selepas dicampak datuk tirinya dari tingkat empat, sebuah pangsapuri di Danau Kota, Setakat. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, dicampak selepas lelaki itu seorang warga Nigeria berusia 42 tahun, cuba merogol anak tirinya yang juga ibu kepada Muhammad Adam, dalam kejadian sekitar 7.40 pagi semalam.


Solusi Kes

Pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan berkenaan suspek dikatakan ada mengambil ubat berhubung sakit yang dialami. Mengulas lanjut kes itu, Saiful Azly berkata, suspek kini sudah direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Manakala, mengenai isteri dan dua anak tiri suspek, beliau berkata, tiga beranak itu masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan proses bedah siasat juga akan dijalankan terhadap mangsa berusia empat tahun itu. Seterusnya, Polis juga kini sedang menyiasat dakwaan suspek turut terbabit dengan ajaran sesat atau tidak dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan.

Pengajaran Kes

Pengajaran yang dapat diambil daripada kes diatas ialah sebagai penjaga kepada individu yang mempunyai masalah mental kita haruslah berjaga jaga dan peka dengan setiap perbuatan dan tingkah laku mereka. Pastikan mereka mengambil ubat-ubatan yang seharusnya diambil untuk mengelakkan perkara buruk seperti ini berlaku. Selain itu, jangan terlalu percaya kepada mereka yang mempunyai masalah mental kerana kadang kala mereka tidak sedar akan perbuatan mereka. 

Rumusan Kes

Seorang budak lelaki berusia 4 tahun maut selepas dicampak datuk tirinya dari tingkat empat, sebuah pangsapuri di Danau Kota, Setakat. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, dicampak selepas lelaki itu seorang warga Nigeria berusia 42 tahun, cuba merogol anak tirinya yang juga ibu kepada Muhammad Adam, dalam kejadian sekitar 7.40 pagi semalam. Lelaki tersebut diakatakan mempunyai masalah mental dan diakaitkan dengan isu ajaran sesat yang dianutinya.hasil daripada itu, suspek kini sudah direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Mengenai isteri dan dua anak tiri suspek, beliau berkata, tiga beranak itu masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Rujukan 

[1] https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/11/760037/polis-siasat-dakwaan-suspek-campak-cucu-tiri-sakit-mental-ajaran-sesat

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan

Gangguan mental merupakan salah satu penyakit yang pada dasarnya tidak dapat dlihat dengan mata kasar. Hal ini kerana penyakit ini merupakan penyakit dalaman bukanlah luaran. Tidak seperti penyakit fizikal yang meninggalkan kesan pada tubuh seseorang individu tersebut seperti luka dan parut. Penyakit atau gangguan mental ini melibatkan dalaman seseorang individu tersebut seperti emosi dan pemikiran. Walaupun begitu, penyakit mental ini boleh mempengaruhi tindakan dan perilaku seseorang itu yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau sebagainya. Penyakit mental ini boleh dihadapi oleh semua orang tidak kira jantina, umur dan agama. Masalah gangguan mental ini amat lah memberi kesan buruk terhadap individu yang menghadapinya dan ianya boleh membawa kepada kematian. Oleh sebab itu, orang ramai perlu ambil tahu tentang kesihatan mental keluarga dan orang orang terdekat. Hal ini bagi mencegahnya daripada terus melarat sekiranya ada dan merawatnya sebelum terlambat. Terdapat pelbagai jeni...