Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Pengenalan

Gangguan mental merupakan salah satu penyakit yang pada dasarnya tidak dapat dlihat dengan mata kasar. Hal ini kerana penyakit ini merupakan penyakit dalaman bukanlah luaran. Tidak seperti penyakit fizikal yang meninggalkan kesan pada tubuh seseorang individu tersebut seperti luka dan parut. Penyakit atau gangguan mental ini melibatkan dalaman seseorang individu tersebut seperti emosi dan pemikiran. Walaupun begitu, penyakit mental ini boleh mempengaruhi tindakan dan perilaku seseorang itu yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau sebagainya. Penyakit mental ini boleh dihadapi oleh semua orang tidak kira jantina, umur dan agama. Masalah gangguan mental ini amat lah memberi kesan buruk terhadap individu yang menghadapinya dan ianya boleh membawa kepada kematian. Oleh sebab itu, orang ramai perlu ambil tahu tentang kesihatan mental keluarga dan orang orang terdekat. Hal ini bagi mencegahnya daripada terus melarat sekiranya ada dan merawatnya sebelum terlambat. Terdapat pelbagai jeni...

Zynakal Memukul Pekerja Stesen Minyak Warganegara Bangladesh

(Zynakal didakwa dan dikenakan hukuman RM 2,800 oleh mahkamah akibat mendatangkan kecederaan dan menghalang tugas polis) Faktor kes Zynakal dikatakan bertindak aggresif dengan menumbuk, mencekik dan memaki hamun seorang pekerja Bangladesh di stesen minyak tersebut. Hal ini dikatakan berpunca kerana Zynakal tidak berpuas hati kerana mangsa tidak menerima kaedah pembayaran secara kad kredit bagi barang beliannya. Kesan kes Pekerja stesen minyak tersebut cedera ringan akibat ditumbuk oleh Zynakal. Zynakal dikenakan hukuman oleh mahkamah sebanyak RM 2,800 keseluruhannya akibat dari insiden tersebut. Rm 2,000 bagi tuduhan menghalang tugas polis dan RM 800 bagi pertuduhan mendatangkan kecedaraan terhadap pekerja stesen minyak tersebut. Solusi kes Polis menjalankan siasatan terhadap Zynakal dan kenderaan yang dipacunya semasa hari kejadian. Hasil daripada siasatan menunjukkan tiada sebarang tanda bahawa Zynakal di bawah pengaruh dadah. Sehubungan dengan insiden tersebut, pihak polis telah men...

Pekerja Malaysia di Singapura Maut Terjun Apartment

Seorang lelaki rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, maut selepas terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di republik itu, dua hari lalu.  Faktor Kes Seorang lelaki warganera Malaysia yang bekerja di Singapura, ditemui maut dua hari lalu, selepas terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di negara itu. Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai mengalami kemurungan akibat masalah kerja di samping merindui keluarganya, selepas terkandas di Singapura hampir lapan bulan. Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat kurier di republik berkenaan dipercayai menghadapi tekanan hidup kerana bukan sahaja terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarganya, malah bebanan kerja yang bertambah susulan wabak COVID-19, menurut sumber pekerja Malaysia yang bekerja di Malaysia yang enggan dikenali.  Kesan Kes "Lelaki itu sudah beberapa kali mengadu dengan isterinya yang dia tertekan di tempat kerja. Namun dia tidak pula menunjukkan sebarang perubahan sikap setiap kali membuat panggilan secara ...

Polis Siasat Dakwaan Suspek Campak Cucu Tiri Sakit Mental, Ajaran Sesat.

  Lokasi kejadian kes warga Nigeria campak cucu tiri dari tingkat 3 pangsapuri di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.   Faktor Kes   Polis menyiasat dakwaan kononnya warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari sebuah pangsapuri dekat Setapak semalam, mempunyai masalah mental di ibu kota, Kuala Lumpur.  Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata selain dakwaan masalah mental itu dibuat oleh keluarga dan rakan suspek, lelaki itu juga dikaitkan dengan isu ajaran sesat yang turut disiasat.   Kesan Kes   Seorang budak lelaki berusia 4 tahun maut selepas dicampak datuk tirinya dari tingkat empat, sebuah pangsapuri di Danau Kota, Setakat. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, dicampak selepas lelaki itu seorang warga Nigeria berusia 42 tahun, cuba merogol anak tirinya yang juga ibu kepada Muhammad Adam, dalam kejadian sekitar 7.40 pagi semalam. Solusi Kes Pihak  polis menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan ...

Derita Pesakit OCD

(credit: OCD UK) Kerani yang mahu dikenali sebagai Linda,32 dan Muhammad Idham Mohd Rashidi, 25 yang menghidap penyakit Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) diwawancara untuk mendapatkan info lanjut berkenaan efek penyakit tersebut terhadap kegiatan seharian mereka. OCD merupakan salah satu jenis gangguan mental yang semakin mendapat perhatian kerana mendatangkan kesan kepada aktiviti kehidupan seseorang. Faktor Kes Penyebab kepada OCD adalah terdiri atas kombinasi daripada kelainan neurologi, biologi, genetik (keturunan), kelakuan, kognitif (pemikiran) dan persekitaran. Faktor utama kejadian OCD adalah bahawa terdapat masalah komunikasi di bahagian-bahagian otak yang terkait dengan pembentukan neurotransmitter.  Terdapat symptom yang boleh dikesan untuk mengenalpasti sekiranya seseorang menghidap penyakit tersebut. Penghidap OCD suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum itu tidak sempurna selain sentiasa merasa resah, tertekan dan...

Pesakit Mental Bertindak Diluar Kawalan

Bagi pesakit mental mereka ada kalanya melakukan sesuatu perbuatan tanpa mereka sedari. Hal ini akan memberi impak dan pandangan yang negatif oleh manusia sekeliling kepada pesakit mental jika manusia sekeliling tidak mempunyai kefahaman tentang penyakit mental. Faktor kes Ibu dan bapa diserang oleh anak lelaki mereka sendiri di ruang tamu rumah. Hal ini terjadi sewaktu mereka sedang menunaikan solat sunat tarawih dan secara tiba-tiba anak lelaki mereka keluar dari biliknya mengambil pisau dan menyerang ibu bapanya. Ketika cuba mempertahankan daripada serangan secara tiba-tiba anak lelaki mereka rebah jatuh dan tidak sedarkan diri lalu dibawa ke hospital. Si anak mempunyai sejarah sakit mental yang disahkah oleh pihak hospital dari 2016 dan masih mendapatkan rawatan sehingga kini. Kesan kes Kesan utama yang boleh dapat dilihat ialah ibu anak lelaki itu mengalami kecedaran disebabkan pergelutan itu. Ketika ingin menghalang anak lelakinya daripada mencederakan dirinya, si ibu ter...

Penyakit Kemurungan Boleh Membunuh

Penyakit mental boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja. Jika mempunyai pentanda kemurungan perlulah berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan rawatan. Pesakit mental tidaklah perlu malu untuk mengaku mempunyai masalah mental kerana penyakit ini membunuh dan perlukan dapatkan rawatan. Faktor kes Sepasangan suami dan isteri mempunyai 2 orang anak menceritakan pengalaman hidup isteri beliau yang menghidapi despresi. Suami tersebut menyedari perubahan kepada isterinya lalu membawa isterinya kepada klinik dan disuruh rujuk kepada hospital Sungai Buloh. Doktor mengesahkan isteri beliau mengalami despresi kerana isterinya mempunyai niat untuk membunuh diri. Pakar psikaitari juga diagnosis si isteri mempunyai masalah kerisauan dan serangan panik. Kesan kes Kesan daripada kes ini yang boleh dapat dilihat si isteri mempunyai niat untuk membunuh dirinya. Ianya kerana si isteri merasakan dirinya malang dan tidak berguna. “Rasa macam semua orang benc. Rasa macam semua orang ambil kesempatan. Rasa mac...