Skip to main content

Pekerja Malaysia di Singapura Maut Terjun Apartment

Seorang lelaki rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, maut selepas terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di republik itu, dua hari lalu. 

Faktor Kes

Seorang lelaki warganera Malaysia yang bekerja di Singapura, ditemui maut dua hari lalu, selepas terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di negara itu. Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai mengalami kemurungan akibat masalah kerja di samping merindui keluarganya, selepas terkandas di Singapura hampir lapan bulan.

Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat kurier di republik berkenaan dipercayai menghadapi tekanan hidup kerana bukan sahaja terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarganya, malah bebanan kerja yang bertambah susulan wabak COVID-19, menurut sumber pekerja Malaysia yang bekerja di Malaysia yang enggan dikenali. 

Kesan Kes

"Lelaki itu sudah beberapa kali mengadu dengan isterinya yang dia tertekan di tempat kerja. Namun dia tidak pula menunjukkan sebarang perubahan sikap setiap kali membuat panggilan secara video dengan isterinya kerana dilihat sentiasa ceria, selain selalu mengungkapkan kata rindu dan tidak sabar bertemu isteri dan anaknya. Kesan daripada itu, mangsa meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan berusia empat tahun. 

Solusi Kes 

Pengerusi Pertubuhan Petugas Khas Pekerja Malaysia-Malaysia (PEMAS), S Dayalan, berkata pihaknya berharap kerajaan Pusat dan negeri membuat siasatan menyeluruh susulan kejadian kes bunuh diri membabitkan pekerja Malaysia di negara itu semakin meningkat selepas sempadan kedua-dua negara ditutup. Sehingga kini terdapat tiga kes bunuh diri berlaku sejak wabak COVID-19 yang menyebabkan sempadan Malaysia-Singapura ditutup sejak Mac lalu.

Pengajaran Kes 

Pengajaran yang dapat diperolehi daripada kes diatas adalah kita sebagai majikan haruslah sentiasa peka dan mengambil berat terhadap isu kesihatan mental pekerja. Antara peranan majikan bagi mengurangkan gejala ini ialah majikan perlulah prihatin tentang beban tugas pekerja. Sikap sesetangah majikan yang tidak menjaga kebajikan pekerja dan persekitaran kerja yang negatif boleh menyebabkan pekerjanya cenderung mengalami penyakit mental seperti kebimbangan, kemurungan dan kelesuan emosi yang kemudiannya memaksa mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Rumusan Kes 

Seorang lelaki warganera Malaysia tekad untuk terjun dari tingkat lapan bagunan apartmen yang terletak di negara jiran kita di Singapura. Lelaki tersebut didapati mengalami kemurungan akibat masalah kerja disamping berjauhan dengan keluarga yang menetap di Malaysia. Kesan daripada itu, mangsa meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan yang berusia empat tahun. Oleh itu, siasatan dilakukan oleh Pertubuhan Petugas Khas Pekerja Malaysia-Malaysia (PEMAS) kerana terdapat peningkatan kes bunuh diri berlaku sejak wabak COVID-19 melanda seluruh dunia. Kesimpulannya, penyakit mental dalam kalangan pekerja haruslah diberi perhatian kerana perkara ini boleh membawa maut dan sangat bahaya jika dibiarkan. 

Rujukan

[1] https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/10/742957/pekerja-malaysia-di-singapura-maut-terjun-     apartmen

[2] https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/742090/majikan-perlu-peka-tangani-isu-     kesihatan-mental-pekerja

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan

Gangguan mental merupakan salah satu penyakit yang pada dasarnya tidak dapat dlihat dengan mata kasar. Hal ini kerana penyakit ini merupakan penyakit dalaman bukanlah luaran. Tidak seperti penyakit fizikal yang meninggalkan kesan pada tubuh seseorang individu tersebut seperti luka dan parut. Penyakit atau gangguan mental ini melibatkan dalaman seseorang individu tersebut seperti emosi dan pemikiran. Walaupun begitu, penyakit mental ini boleh mempengaruhi tindakan dan perilaku seseorang itu yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau sebagainya. Penyakit mental ini boleh dihadapi oleh semua orang tidak kira jantina, umur dan agama. Masalah gangguan mental ini amat lah memberi kesan buruk terhadap individu yang menghadapinya dan ianya boleh membawa kepada kematian. Oleh sebab itu, orang ramai perlu ambil tahu tentang kesihatan mental keluarga dan orang orang terdekat. Hal ini bagi mencegahnya daripada terus melarat sekiranya ada dan merawatnya sebelum terlambat. Terdapat pelbagai jeni...

Zynakal Memukul Pekerja Stesen Minyak Warganegara Bangladesh

(Zynakal didakwa dan dikenakan hukuman RM 2,800 oleh mahkamah akibat mendatangkan kecederaan dan menghalang tugas polis) Faktor kes Zynakal dikatakan bertindak aggresif dengan menumbuk, mencekik dan memaki hamun seorang pekerja Bangladesh di stesen minyak tersebut. Hal ini dikatakan berpunca kerana Zynakal tidak berpuas hati kerana mangsa tidak menerima kaedah pembayaran secara kad kredit bagi barang beliannya. Kesan kes Pekerja stesen minyak tersebut cedera ringan akibat ditumbuk oleh Zynakal. Zynakal dikenakan hukuman oleh mahkamah sebanyak RM 2,800 keseluruhannya akibat dari insiden tersebut. Rm 2,000 bagi tuduhan menghalang tugas polis dan RM 800 bagi pertuduhan mendatangkan kecedaraan terhadap pekerja stesen minyak tersebut. Solusi kes Polis menjalankan siasatan terhadap Zynakal dan kenderaan yang dipacunya semasa hari kejadian. Hasil daripada siasatan menunjukkan tiada sebarang tanda bahawa Zynakal di bawah pengaruh dadah. Sehubungan dengan insiden tersebut, pihak polis telah men...

Polis Siasat Dakwaan Suspek Campak Cucu Tiri Sakit Mental, Ajaran Sesat.

  Lokasi kejadian kes warga Nigeria campak cucu tiri dari tingkat 3 pangsapuri di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.   Faktor Kes   Polis menyiasat dakwaan kononnya warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari sebuah pangsapuri dekat Setapak semalam, mempunyai masalah mental di ibu kota, Kuala Lumpur.  Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata selain dakwaan masalah mental itu dibuat oleh keluarga dan rakan suspek, lelaki itu juga dikaitkan dengan isu ajaran sesat yang turut disiasat.   Kesan Kes   Seorang budak lelaki berusia 4 tahun maut selepas dicampak datuk tirinya dari tingkat empat, sebuah pangsapuri di Danau Kota, Setakat. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, dicampak selepas lelaki itu seorang warga Nigeria berusia 42 tahun, cuba merogol anak tirinya yang juga ibu kepada Muhammad Adam, dalam kejadian sekitar 7.40 pagi semalam. Solusi Kes Pihak  polis menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan ...