Skip to main content

Zynakal Memukul Pekerja Stesen Minyak Warganegara Bangladesh



(Zynakal didakwa dan dikenakan hukuman RM 2,800 oleh mahkamah akibat mendatangkan kecederaan dan menghalang tugas polis)

Faktor kes

Zynakal dikatakan bertindak aggresif dengan menumbuk, mencekik dan memaki hamun seorang pekerja Bangladesh di stesen minyak tersebut. Hal ini dikatakan berpunca kerana Zynakal tidak berpuas hati kerana mangsa tidak menerima kaedah pembayaran secara kad kredit bagi barang beliannya.

Kesan kes

Pekerja stesen minyak tersebut cedera ringan akibat ditumbuk oleh Zynakal. Zynakal dikenakan hukuman oleh mahkamah sebanyak RM 2,800 keseluruhannya akibat dari insiden tersebut. Rm 2,000 bagi tuduhan menghalang tugas polis dan RM 800 bagi pertuduhan mendatangkan kecedaraan terhadap pekerja stesen minyak tersebut.

Solusi kes

Polis menjalankan siasatan terhadap Zynakal dan kenderaan yang dipacunya semasa hari kejadian. Hasil daripada siasatan menunjukkan tiada sebarang tanda bahawa Zynakal di bawah pengaruh dadah. Sehubungan dengan insiden tersebut, pihak polis telah mengambil tindakan terhadap zynakal dan kes tersebut telah dibawa ke mahkamah. Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Zynakal atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan dan menghalang tugas penjawat awam. Zynakal telah didenda sebanyak RM 800 bagi tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap pekerja stesen minyak tersebut dan RM 2,000 bagi tuduhan menghalang tugas polis. Bagi pertuduhan kedua, Zynakal dikatakan menghalang tugas pihak polis semasa kejadian tersebut kerana dia enggan menunjukkan kad pengenalan bagi tujuan pemeriksaan.

Teman rapat kepada Zynakal mendakwa bahawa terdapat perubahan yang ketara pada perilaku Zynakal beberapa hari sebelum kejadian tersebut berlaku. Setelah selesai urusan di mahkamah berakitan insiden tersebut, teman rapatnya memujuk Zynakal untuk ke hospital bagi melakukan  pemeriksaan doktor. Pada awalnya, zynakal menolak tapi setelah dipujuk, zynakal akur untuk melakukan pemeriksaan. Zynakal telah disahkan menghidap bipolar mania iaitu salah satu penyakit mental yang menyebabkan emosi pesakitnya berubah.  Zynakal sehingga kini masih menjalani rawatan dan mengambil ubat ubatan yang disarankan oleh doktor.

Pengajaran kes

Pengajaran daripada kes tersebut ialah kita sebagai kawan haruslah sentiasa memeriksa dan mengambil berat tentang kesihatan kawan kawan tidak kira kesihatan fizikal atau mental. Jika terdapat sebarang perubahan pada perilaku kawan kawan kita hendaklah bertanyakan keadaan kawan tersebut seandainya mereka berada di dalam keadaan yang baik atau tidak. Jika tidak, nasihatkan dan pujuk mereka untuk membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. Dengan cara ini, kita dapat mencegah penyakit itu (sekiranya disahkan ada) dan memberi rawatan awal kepada individu tersebut. Ianya juga dapat mencegah daripada berlaku insiden seperti ini.

Rumusan kes

Zynakal komposer dan penyanyi terkenal mencederakan seorang pekerja yang berwarganegara Bangladesh di sebuah stesen minyak. Kes ini didapati berlaku sekitar tahun 2019 di sebuah stesen minyak di Ampang, Kuala Lumpur. Hal ini disebabkan oleh kerana pekerja stesen minyak tersebut tidak menerima pembelian yang dibuat oleh Zynakal yang menggunakan kad kredit. Zynakal berang dan bertindak untuk memaki hamun dan memukul pekerja tersebut. Oleh kerana insiden tersebut polis telah datang ketempat kejadian untuk membuat pemeriksaan ke atas zynakal dan kenderaan yang dipacunya. Hasil siasatan melaporkan bahwa tiada unsur penyalah gunaan dadah oleh Zynakal. Akan tetapi, dikatakan Zynakal tidak memberi Kerjasama semasa siasatan dijalankan.

Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas Zynakal terhadap dua pertuduhan. Pertuduhan pertama sebanyak RM 2,000 kerana menghalang tugas polis dan pertuduhan kedua sebanyak RM 800 kerana mendatangkan kecederaan terhadap pekerja stesen minyak tersebut. Zynakal dinasihatkan dan dipujuk oleh teman rapatnya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital. Hal ini kerana dikatakan perilaku Zynakal pelik dan berbeza beberapa hari sebelum kejadian. Zynakal disahkan menghidap salah satu penyakit mental yang dinamakan bipolar mania. Sehingga kini dia masih menjalani rawatan dan mengambil ubat ubatan yang disarankan oleh doktor yang merawatnya.

Rujukan 

[1]    https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/08/30/zynakal

[2]    https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/601722/zynakal-didenda-rm2800-cedera-pekerja-stesen-minyak-halang-polis

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan

Gangguan mental merupakan salah satu penyakit yang pada dasarnya tidak dapat dlihat dengan mata kasar. Hal ini kerana penyakit ini merupakan penyakit dalaman bukanlah luaran. Tidak seperti penyakit fizikal yang meninggalkan kesan pada tubuh seseorang individu tersebut seperti luka dan parut. Penyakit atau gangguan mental ini melibatkan dalaman seseorang individu tersebut seperti emosi dan pemikiran. Walaupun begitu, penyakit mental ini boleh mempengaruhi tindakan dan perilaku seseorang itu yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau sebagainya. Penyakit mental ini boleh dihadapi oleh semua orang tidak kira jantina, umur dan agama. Masalah gangguan mental ini amat lah memberi kesan buruk terhadap individu yang menghadapinya dan ianya boleh membawa kepada kematian. Oleh sebab itu, orang ramai perlu ambil tahu tentang kesihatan mental keluarga dan orang orang terdekat. Hal ini bagi mencegahnya daripada terus melarat sekiranya ada dan merawatnya sebelum terlambat. Terdapat pelbagai jeni...