Skip to main content

Pesakit Mental Bertindak Diluar Kawalan

Bagi pesakit mental mereka ada kalanya melakukan sesuatu perbuatan tanpa mereka sedari. Hal ini akan memberi impak dan pandangan yang negatif oleh manusia sekeliling kepada pesakit mental jika manusia sekeliling tidak mempunyai kefahaman tentang penyakit mental.

Faktor kes

Ibu dan bapa diserang oleh anak lelaki mereka sendiri di ruang tamu rumah. Hal ini terjadi sewaktu mereka sedang menunaikan solat sunat tarawih dan secara tiba-tiba anak lelaki mereka keluar dari biliknya mengambil pisau dan menyerang ibu bapanya. Ketika cuba mempertahankan daripada serangan secara tiba-tiba anak lelaki mereka rebah jatuh dan tidak sedarkan diri lalu dibawa ke hospital. Si anak mempunyai sejarah sakit mental yang disahkah oleh pihak hospital dari 2016 dan masih mendapatkan rawatan sehingga kini.

Kesan kes

Kesan utama yang boleh dapat dilihat ialah ibu anak lelaki itu mengalami kecedaran disebabkan pergelutan itu. Ketika ingin menghalang anak lelakinya daripada mencederakan dirinya, si ibu terkena pisau di belah tangan kiri. Disebabkan itu si ibu yang berusia 56 tahun mengalami luka sedalam 2 sentimeter (sm) dan sepanjang 6 sm pada lengan kiri serta menerima 10 jahitan. Anak lelaki itu ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.

Solusi kes

Si bapa memanggil pihak polis selepas anak mereka rebah. Hasil panggilan, polis kemudiannya menahan lelaki itu di rumahnya kira-kira pukul 10.15 malam dan merampas dua bilah pisau dapur sepanjang 27 sm dan 31 sm berhulu plastik. Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek juga mendapati negatif dadah. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pengajaran kes

Pengajaran yang dapat kita pelajari daripada kes ini pesakit mental akan bertindak diluar jangkaan. Pesakit itu boleh berada di dalam keadaan yang tidak sedar ketika melakukan sesuatu perbuatan. Rakyat Malaysia haruslah peka dengan tingkah laku akibat dari isu sakit mental ini kerana kita mungkin akan menyalahkan mereka tanpa usul periksa. Pesakit mental tidak minta mereka menghadapi penyakit itu. Oleh itu, kita perlulah memahami mereka dan memikirkan jalan yang terbaik untuk membantu mereka.

Rumusan kes

Seorang wanita cedera akibat diserang anak lelakinya dengan pisau kerana anak wanita itu sendiri. Hal ini terjadi di rumah kediaman mereka sendiri. Wanita itu menerima beberapa jahitan ditangannya dan hasil siasatan mendapati anak lelaki wanita tersebut mempunya masalah mental.

Rujukan

[1] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemuda-alami-masalah-mental-serang-ibu-bapa-guna-pisau-297510

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan

Gangguan mental merupakan salah satu penyakit yang pada dasarnya tidak dapat dlihat dengan mata kasar. Hal ini kerana penyakit ini merupakan penyakit dalaman bukanlah luaran. Tidak seperti penyakit fizikal yang meninggalkan kesan pada tubuh seseorang individu tersebut seperti luka dan parut. Penyakit atau gangguan mental ini melibatkan dalaman seseorang individu tersebut seperti emosi dan pemikiran. Walaupun begitu, penyakit mental ini boleh mempengaruhi tindakan dan perilaku seseorang itu yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau sebagainya. Penyakit mental ini boleh dihadapi oleh semua orang tidak kira jantina, umur dan agama. Masalah gangguan mental ini amat lah memberi kesan buruk terhadap individu yang menghadapinya dan ianya boleh membawa kepada kematian. Oleh sebab itu, orang ramai perlu ambil tahu tentang kesihatan mental keluarga dan orang orang terdekat. Hal ini bagi mencegahnya daripada terus melarat sekiranya ada dan merawatnya sebelum terlambat. Terdapat pelbagai jeni...

Zynakal Memukul Pekerja Stesen Minyak Warganegara Bangladesh

(Zynakal didakwa dan dikenakan hukuman RM 2,800 oleh mahkamah akibat mendatangkan kecederaan dan menghalang tugas polis) Faktor kes Zynakal dikatakan bertindak aggresif dengan menumbuk, mencekik dan memaki hamun seorang pekerja Bangladesh di stesen minyak tersebut. Hal ini dikatakan berpunca kerana Zynakal tidak berpuas hati kerana mangsa tidak menerima kaedah pembayaran secara kad kredit bagi barang beliannya. Kesan kes Pekerja stesen minyak tersebut cedera ringan akibat ditumbuk oleh Zynakal. Zynakal dikenakan hukuman oleh mahkamah sebanyak RM 2,800 keseluruhannya akibat dari insiden tersebut. Rm 2,000 bagi tuduhan menghalang tugas polis dan RM 800 bagi pertuduhan mendatangkan kecedaraan terhadap pekerja stesen minyak tersebut. Solusi kes Polis menjalankan siasatan terhadap Zynakal dan kenderaan yang dipacunya semasa hari kejadian. Hasil daripada siasatan menunjukkan tiada sebarang tanda bahawa Zynakal di bawah pengaruh dadah. Sehubungan dengan insiden tersebut, pihak polis telah men...

Polis Siasat Dakwaan Suspek Campak Cucu Tiri Sakit Mental, Ajaran Sesat.

  Lokasi kejadian kes warga Nigeria campak cucu tiri dari tingkat 3 pangsapuri di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.   Faktor Kes   Polis menyiasat dakwaan kononnya warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari sebuah pangsapuri dekat Setapak semalam, mempunyai masalah mental di ibu kota, Kuala Lumpur.  Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata selain dakwaan masalah mental itu dibuat oleh keluarga dan rakan suspek, lelaki itu juga dikaitkan dengan isu ajaran sesat yang turut disiasat.   Kesan Kes   Seorang budak lelaki berusia 4 tahun maut selepas dicampak datuk tirinya dari tingkat empat, sebuah pangsapuri di Danau Kota, Setakat. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, dicampak selepas lelaki itu seorang warga Nigeria berusia 42 tahun, cuba merogol anak tirinya yang juga ibu kepada Muhammad Adam, dalam kejadian sekitar 7.40 pagi semalam. Solusi Kes Pihak  polis menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan ...